Sunday, January 30, 2011

Piala Sumbangsih: Tahniah Buat Pasukan Kelantan


Rakan Mahasiswa Kutan (RMK) mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak KELANTAN kerana terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama kalinya setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Perlawanan malam tadi cukup menun jukkan bahawa kelantan adalah pasukan sukar untuk digugat yang turun sebagai juara piala malaysia.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.
Tahniah juga buat jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.

Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.
Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.

Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.
Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.
Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.

Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro. Pihak RMK mengharapkan pasukan bola sepak Kelantan terus maju dalam arena persada sukan tanah air.

Timb. Presiden RMK
Mohd Rizuwan Bin Yaacob

Tuesday, December 21, 2010

ISLAM VS SAINS


Fikir2 kan lah..yang mane Was-was tu.. kita pastikan dulu

/السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SALAM SEMUA :

Ia adalah bertepatan dengan HaDith Rasullulah s.a.w : marhumnya :


“ berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil “


1- kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan ( kajian dan terbitan para kafir ini ) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2- kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegembaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok yahudi, mereka minum kopi, starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.


3- kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4- kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5- para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makananan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu tidak bagus untuk kesihatan 9 gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi ). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


6- untuk pengetahuan , para kafir agen dajjal ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya ( sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar ), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurang kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuat penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


TOLONG SEBARKAN DAN MAKLUMKAN KEPADA SAUDARA SE ISLAM KITA.


from:


Wan Zurainah Sazali
Faculty of Medicine
Alexandria University





Tuisyen Bahasa Inggeris (TuBI '10)

Assalamualaikum w.b.t

Wakaf Bharu, Kampung Kutan 21 disember 2010: Alhamdulillah pada telah pun berlangsung satu program yang dikendalikan sahabat-sahabat Rakan Mahasiswa Kutan iaitu Tuisyen Bahasa Inggeris dari rumah ke rumah di kampung halaman. Walaupun dengan kekurangan tenaga kerja dan pengerak dikalangan mahasiswa kampung ini namun ia tetap berjalan dengan lancar seperti apa yang telah dirangkakan.

Program Tuisyen Bahasa Inggeris ini telah di kendalikan oleh Johari Bin Awang dan sasaran program program hanyalah pada golongan yang bakal akan memasuki Universiti pada bulan disember ini. Objektif utama program adalah untuk memberikan pendedehan kepada bakal mahasiswa tentang kepentingan bahasa inggeris dan memberikan pendedahan kepada bakal mahasiswa supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelanjaran yang bakal dihadapi kelak.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan diharapkan program ini dapat diteruskan bagi memastikan visi dan misi sebenar penubuhan Rakan Mahasiswa Kutan dapat dicapai, insyAllah.

Disediakan oleh:

Mohd Rizuwan Bin Yaacob

(Timbalan Presiden Rakan Mahasiswa Kutan)

Monday, December 20, 2010

Teguran Itu Penting






Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.


Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.


Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Sunday, September 13, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA DAN JAMUAN HARI RAYA RMK

Seperti tahun-tahun sudah, kita akan mengadakan majlis hari raya buat semua mahasiswa/wi mukim kutan. Diharapkan pada tahun ini,penyertaan daripada semua ahli dan juga mahasiswa/wi bertambah. Berikut cadangan majlis;

Tarikh: Hari Raya ke Empat
Tempat : Masih dalam rundingan
PIC : Sdr. Ikram , Sdr. Hilmi dan Sahabat Yang menuntut di UIA


Sekiranya ahli-ahli mempunyai masalah ataupun cadangan boleh dikemukan kepada mereka. Harap maklum.

Monday, August 24, 2009

program Intensif Mentor kejayaan

InsyaALLAH pada pagi esok saya bersama 2 orang sahabat akan menganjurkan program motivasi susulan daripada program Intensif pada Bulan jun yang lalu.Dalam program ini akan diketengahkan teknik yang baru untuk adik-adik dalam menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi...Tentang Teknik itu, akan saya postkan kemudian..Berikut maklumat program;

Tarikh: 25 ogos 2009
masa : 11.oo pagi - 12.30 tgh
Tempat : Dewan S.K.Kutan
Sasaran : Murid tahun 6 UPSR 2009


p/s: Kepada ahli-ahli rmk yang berada di kg,sila laporkan diri kepada sy untuk turut menyumbangkan tenaga pada pagi esok.


yang diamanahkan'

wan nasron
presiden rmk