Tuesday, December 23, 2008

Pengenalan Rakan Mahasiswa Mukim Kutan

PENUBUHAN RAKAN MAHASISWA KG KUTAN “RMK”

1.PENGENALAN

RMK merupakan satu badan yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Mukim Kutan. RMK berfungsi mengumpul mahasiswa-mahasiswi kg kutan yang menuntut di seluruh IPTA/IPTS. Memandangkan bilangan mahasiswa/wi kg kutan yang menuntut di universiti semakin hari semakin meningkat,maka pihak penaja merasakan penubuhan RMK ini cukup relevan dan bertepatan dengan situasi sekarang.Untuk makluman, sebelum ini belum ada jawatankuasa RMK yang di bentuk.Oleh itu,penubuhan RMK ini adalah yang pertama di kg ini. Di harapkan proses penubuhan dan pembentukan jawatankuasa ini berjalan seperti yang dirancangkan.Harapan semoga ahli jawatankuasa penaja yang di pilih dapat menjalankan amanah yang di berikan. Jawatan kuasa penaja ini akan berkuat kuasa selepas usul dalam mesyuarat penubuhan MSK kali pertama di luluskan sehingga satu tempoh yang akan dibincangkan nanti.

2.OBJEKTIF

i) Menjaga kebajikan mahasiswa/wi kg kutan.

ii) Berkenal-kenalan dan merapatkan ukhuwah diantara pelajar kg

iii) Membantu Persatuan Kebajikan Mukim Kutan dalam menjalankan program di kampung.

iv) Memberikan sumbangan dan khidmat bakti kepada penduduk kampung kutan.

v) Supaya mahasiswa/wi kembali menjadi penyumbang dan berperanan di kampung.

3.MATLAMAT

1.Mendokong perjuangan PKMK dalam setiap program,

2.Menjadikan mahasiswa/wi berfikrah islamik.

4.MOTTO

MAHASISWA PENERAJU PERUBAHAN

5. ORGANISASI RMK

6.Golongan sasaran

Semua mahasiswa/wi kg kutan.

7.Kaedah pembawaan organisasi

Profesional dan bersistematik

8.Plan Tindakan dan usul.

1.Melaksanakan program untuk penduduk kampung

2.Membantu program-program di kampung.

No comments:

Post a Comment