
|
|
Assalamualaikum w.b.t
Wakaf Bharu, Kampung Kutan 21 disember 2010: Alhamdulillah pada telah pun berlangsung satu program yang dikendalikan sahabat-sahabat Rakan Mahasiswa Kutan iaitu Tuisyen Bahasa Inggeris dari rumah ke rumah di kampung halaman. Walaupun dengan kekurangan tenaga kerja dan pengerak dikalangan mahasiswa kampung ini namun ia tetap berjalan dengan lancar seperti apa yang telah dirangkakan.
Program Tuisyen Bahasa Inggeris ini telah di kendalikan oleh Johari Bin Awang dan sasaran program program hanyalah pada golongan yang bakal akan memasuki Universiti pada bulan disember ini. Objektif utama program adalah untuk memberikan pendedehan kepada bakal mahasiswa tentang kepentingan bahasa inggeris dan memberikan pendedahan kepada bakal mahasiswa supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelanjaran yang bakal dihadapi kelak.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan diharapkan program ini dapat diteruskan bagi memastikan visi dan misi sebenar penubuhan Rakan Mahasiswa Kutan dapat dicapai, insyAllah.
Disediakan oleh:
Mohd Rizuwan Bin Yaacob
(Timbalan Presiden Rakan Mahasiswa Kutan)
Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Orang yang Ditegur
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.
Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.