Sunday, June 14, 2009

Kelas Intensif UPSR 2oo9 - Satu Hati Satu Perjuangan

Minggu lalu, kelab Rakan Mahasiswa Kutan (RMK) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Mukim Kutan (PKMK) dan Sek Keb Kutan telah menganjurkan satu program berunsur pendidikan kepada adik-adik Mukim Kutan yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada hujung tahun ini. Tenaga pengajar untuk kelas ini adalah terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi anak Mukim Kutan sendiri yang juga dari kalangan ahli-ahli RMK.

Menjadi salah satu wadah perjuangan mahasiswa Mukim Kutan untuk penduduk kampung yang juga salah satu sumbangan mahasiswa untuk kemajuan dan kemakmuran kampung, program ini bermula pada 6hb-11hb Jun. Bermula jam 8.30 pagi ramai pelajar sudah membanjiri kawasan sekolah. Begitu bersemangat mereka untuk datang belajar. Guru-guru dan AJK program sudah tiba seawal jam 8.10 pagi untuk persiapan kelas. Jam 9 pagi kelas bermula mengikut jadual dan guru yang terlibat sepertimana jadual dan tenaga pengajar.


ORGANISASI PROGRAM KELAS INTENSIF UPSR 2009

Penasihat

Cikgu W. Zulkifli W. Abdullah

Pengarah

Wan Ghazali Wan Ali

Tim. Pengarah

Wan Nasron Wan Mohd Nasir

Setiausaha

Rosniah Che Abdullah

Bendahari

W. Fatimah W. Zulkifli

Penyelaras Tenaga Pengajar

W. Mohd Rasyidee Wan Ismail

Penyelaras Tempat Dan Peralatan

Wan Mohd Hilmi Wan Hassan Basri

Penyelaras Publisiti

W. Mohd Zulikram W. Mohd Sabri

Tugas-Tugas Khas

W. Ibrahim W. Mamat

Hari terakhir ialah pada 12 Jun 2oo9 iaitu Majlis Ceramah Motivasi dan Majlis Perasmian Penutup program Kelas Intensif UPSR siri 1 ini. Bertempat di dewan Sek Keb Kutan, sejak dari jam 2.30 petang lagi pelajar-pelajar sudah datang bersama ibu bapa masing-masing. Muhammad Afif Sulaiman mula berbicara meneruskan ceramah motivasinya, bertemakan Fikirkan Boleh. Majlis penutup program dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi PKMK, Ust Haji Nordin Che Ahmad. Melalui ucapannya, beliau berbangga kerana anak-anak muda sekarang sudah punya alternatif sendiri untuk mengisi cuti mereka dengan berbakti kepada kampung sendiri.

Perasmian majlis penutup dilakukan oleh guru besar Sek Keb Kutan, Haji Kamarudin Yusoff. Beliau melalui ucapannya berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana program Kelas Intensif atas inisiatif mahasiswa-mahasiswa ini, satu program telah berjaya dilaksanakan yang melibatkan pelajar-pelajar UPSR 2009 di Sek Keb Kutan. Kata beliau melalui program yang dilaksanakan kelab Rakan Mahasiswa Kutan, mahasiswa/wi ini dapat membantu adik-adik Mukim Kutan yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini sekaligus dapat menambah ilmu dan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari sepanjang pengajian mahasiswa/wi di pusat pengajian masing-masing.

------ Klik pada image untuk zooming ------



Kesimpulannya, program Kelas Intensif UPSR siri I ini diharapkan dapat mencapai objektif yang telah diutarakan. Sedikit banyak program ini dapat membantu adik-adik UPSR lebih memahami pelajaran mereka di samping memahami erti sebenar pembelajaran. Moga segala apa yang kami lakukan diredhai dan diberkati Allah.


Akhir kata, bak kata bos, jadikan masalah yang dihadapi dan berkemungkinan menghadapi sebagai indikator batu loncatan, bukan halangan, untuk terus maju ke hadapan.


Ini bukan laporan, ini sekadar tulisan,

yang menulis,

Setiausaha Persatuan Rakan Mahasiswa Kutan 08/09

\(^_^)/




2 comments:

  1. yeah!! org 1st komen. janji nk jgk letak 1 komen kat cni..lantakla korang nk ckp pe.. hahahaha~~
    actually, hr tuh bos kt nk komen tp x sempat.. bos, sy mintak komen lg skali.. lalalala~~
    XD

    ReplyDelete
  2. terkilan jugak la sebab tak dapat join program sebab baru habis cuti..

    harap-harap nnt program lain boleh sertai sama..

    memberi sumbangan..he-he..

    apa pon.tahniah!! :)

    ReplyDelete