Monday, June 29, 2009

Rakan Mahasiswa Kutan dalam Keizzahan Memimpin



Alhamdulillah, masih lagi diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama kita berkongsi pengalaman dan maklumat. Pada tanggal 24/6/09 telah berlangsungnya majlis sumbangan khas untuk mahasiswa/wi yang bakal menempuhi suasana dan cabaran di kampus. Majlis sumbangan khas ini telah dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Mukim Kutan dengan kerjasama Rakan Mahasiswa Kutan (RMK) telah berlangsung di Madrasah Putih Kampung Kutan Hilir.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi PKMK iaitu Ustaz Nordin yang telah memberi amanat dan nasihat kepada bakal mahasiswa/wi yang akan berpencak di suasana kampus yang penuh dengan cabaran ini. Majlis sumbangan khas ini menjadi acara tahunan untuk memberi penghargaan dan pengharapan yang tinggi kepada bakal mahasiswa/wi daripada mukim Kutan untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu di kampus. Pengalaman dan ilmu inilah akan dibawa keluar sekaligus ia dipraktikan di luar dan kampunglah yang menjadi sasaran antum/na semua untuk bersama-sama berpencak dengan realiti yang sebenar.

Suasana di kampus adalah berlainan berbanding suasana diluar kampus kerana antum/na akan berdepan dengan pelbagai peringkat pemikiran, peringkat umur, dan suasana kehidupan yang berbeza yang memerlukan kebijaksanaan untuk bersama-sama bergaul dengan mereka samalah diibaratkan dengan “kita membawa diri masuk ke dalam kasut mereka dengan mengeluarkan diri dan membawa mereka ini seiring dengan pembawaan kita”. Selain itu, Rakan Mahasiswa Kutan juga bakal menerima ahli baru yang merancakkan lagi pergerakan RMK selaku badan kebajikan mahasiswa kutan dan InsyAllah hala tuju yang telah dirangka akan dapat dicapai dan digapai sekiranya ahli-ahli yang baru berdaftar ini dapat memberikan komitmen dan keizzahan yang sepenuhnya dalam memacu Rakan Mahasiswa Kutan setaraf dengan NGO-NGO di luar. Wallahu’alam.

1 comment:

  1. new members dari majlis ni dah S/U masukkan dalam database. ^_^

    ReplyDelete