Monday, December 20, 2010

Teguran Itu Penting






Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.


Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.


Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Sunday, September 13, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA DAN JAMUAN HARI RAYA RMK

Seperti tahun-tahun sudah, kita akan mengadakan majlis hari raya buat semua mahasiswa/wi mukim kutan. Diharapkan pada tahun ini,penyertaan daripada semua ahli dan juga mahasiswa/wi bertambah. Berikut cadangan majlis;

Tarikh: Hari Raya ke Empat
Tempat : Masih dalam rundingan
PIC : Sdr. Ikram , Sdr. Hilmi dan Sahabat Yang menuntut di UIA


Sekiranya ahli-ahli mempunyai masalah ataupun cadangan boleh dikemukan kepada mereka. Harap maklum.

Monday, August 24, 2009

program Intensif Mentor kejayaan

InsyaALLAH pada pagi esok saya bersama 2 orang sahabat akan menganjurkan program motivasi susulan daripada program Intensif pada Bulan jun yang lalu.Dalam program ini akan diketengahkan teknik yang baru untuk adik-adik dalam menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi...Tentang Teknik itu, akan saya postkan kemudian..Berikut maklumat program;

Tarikh: 25 ogos 2009
masa : 11.oo pagi - 12.30 tgh
Tempat : Dewan S.K.Kutan
Sasaran : Murid tahun 6 UPSR 2009


p/s: Kepada ahli-ahli rmk yang berada di kg,sila laporkan diri kepada sy untuk turut menyumbangkan tenaga pada pagi esok.


yang diamanahkan'

wan nasron
presiden rmk

Tuesday, June 30, 2009

Yahoo Group RMK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk pengetahuan semua, sekarang RMK telah berjaya menubuhkan Yahoo Group sendiri. Yahoo Group RMK ini ditubuhkan atas kata sepakat MT RMK baru2 ini, bertujuan untuk memudahkan gerak kerja RMK seperti menyimpan data, informasi, photo dan sebagainya. Juga untuk memudahkan semua MT, AJK dan ahli RMK menyampaikan pesanan, mesej, nasihat, ingatan atau apa sahaja, memperolehi informasi2 RMK dan menDownload gambar, data dan yang sewaktu dengannya dari group ini.


Untuk mendaftar anda boleh ke:

RMK YAHOO GROUP

Untuk sebarang pertanyaan boleh emel ke:

rakanmahasiswakutan@yahoogroups.com

Saya sebagai moderator (buat masa sekarang) mengucapkan setinggi2 TAHNIAH kepada anda yang telah mendaftarkan diri anda untuk menjadi salah seorang warga RMK. Moga dengan tertubuhnya group ini, anda semua dapatlah memanfaatkannya sebaik mungkin.
Terima kasih.

Regards,
Moderator RMK


Monday, June 29, 2009

Rakan Mahasiswa Kutan dalam Keizzahan Memimpin



Alhamdulillah, masih lagi diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama kita berkongsi pengalaman dan maklumat. Pada tanggal 24/6/09 telah berlangsungnya majlis sumbangan khas untuk mahasiswa/wi yang bakal menempuhi suasana dan cabaran di kampus. Majlis sumbangan khas ini telah dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Mukim Kutan dengan kerjasama Rakan Mahasiswa Kutan (RMK) telah berlangsung di Madrasah Putih Kampung Kutan Hilir.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi PKMK iaitu Ustaz Nordin yang telah memberi amanat dan nasihat kepada bakal mahasiswa/wi yang akan berpencak di suasana kampus yang penuh dengan cabaran ini. Majlis sumbangan khas ini menjadi acara tahunan untuk memberi penghargaan dan pengharapan yang tinggi kepada bakal mahasiswa/wi daripada mukim Kutan untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu di kampus. Pengalaman dan ilmu inilah akan dibawa keluar sekaligus ia dipraktikan di luar dan kampunglah yang menjadi sasaran antum/na semua untuk bersama-sama berpencak dengan realiti yang sebenar.

Suasana di kampus adalah berlainan berbanding suasana diluar kampus kerana antum/na akan berdepan dengan pelbagai peringkat pemikiran, peringkat umur, dan suasana kehidupan yang berbeza yang memerlukan kebijaksanaan untuk bersama-sama bergaul dengan mereka samalah diibaratkan dengan “kita membawa diri masuk ke dalam kasut mereka dengan mengeluarkan diri dan membawa mereka ini seiring dengan pembawaan kita”. Selain itu, Rakan Mahasiswa Kutan juga bakal menerima ahli baru yang merancakkan lagi pergerakan RMK selaku badan kebajikan mahasiswa kutan dan InsyAllah hala tuju yang telah dirangka akan dapat dicapai dan digapai sekiranya ahli-ahli yang baru berdaftar ini dapat memberikan komitmen dan keizzahan yang sepenuhnya dalam memacu Rakan Mahasiswa Kutan setaraf dengan NGO-NGO di luar. Wallahu’alam.

Sunday, June 14, 2009

Kelas Intensif UPSR 2oo9 - Satu Hati Satu Perjuangan

Minggu lalu, kelab Rakan Mahasiswa Kutan (RMK) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Mukim Kutan (PKMK) dan Sek Keb Kutan telah menganjurkan satu program berunsur pendidikan kepada adik-adik Mukim Kutan yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada hujung tahun ini. Tenaga pengajar untuk kelas ini adalah terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi anak Mukim Kutan sendiri yang juga dari kalangan ahli-ahli RMK.

Menjadi salah satu wadah perjuangan mahasiswa Mukim Kutan untuk penduduk kampung yang juga salah satu sumbangan mahasiswa untuk kemajuan dan kemakmuran kampung, program ini bermula pada 6hb-11hb Jun. Bermula jam 8.30 pagi ramai pelajar sudah membanjiri kawasan sekolah. Begitu bersemangat mereka untuk datang belajar. Guru-guru dan AJK program sudah tiba seawal jam 8.10 pagi untuk persiapan kelas. Jam 9 pagi kelas bermula mengikut jadual dan guru yang terlibat sepertimana jadual dan tenaga pengajar.


ORGANISASI PROGRAM KELAS INTENSIF UPSR 2009

Penasihat

Cikgu W. Zulkifli W. Abdullah

Pengarah

Wan Ghazali Wan Ali

Tim. Pengarah

Wan Nasron Wan Mohd Nasir

Setiausaha

Rosniah Che Abdullah

Bendahari

W. Fatimah W. Zulkifli

Penyelaras Tenaga Pengajar

W. Mohd Rasyidee Wan Ismail

Penyelaras Tempat Dan Peralatan

Wan Mohd Hilmi Wan Hassan Basri

Penyelaras Publisiti

W. Mohd Zulikram W. Mohd Sabri

Tugas-Tugas Khas

W. Ibrahim W. Mamat

Hari terakhir ialah pada 12 Jun 2oo9 iaitu Majlis Ceramah Motivasi dan Majlis Perasmian Penutup program Kelas Intensif UPSR siri 1 ini. Bertempat di dewan Sek Keb Kutan, sejak dari jam 2.30 petang lagi pelajar-pelajar sudah datang bersama ibu bapa masing-masing. Muhammad Afif Sulaiman mula berbicara meneruskan ceramah motivasinya, bertemakan Fikirkan Boleh. Majlis penutup program dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi PKMK, Ust Haji Nordin Che Ahmad. Melalui ucapannya, beliau berbangga kerana anak-anak muda sekarang sudah punya alternatif sendiri untuk mengisi cuti mereka dengan berbakti kepada kampung sendiri.

Perasmian majlis penutup dilakukan oleh guru besar Sek Keb Kutan, Haji Kamarudin Yusoff. Beliau melalui ucapannya berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana program Kelas Intensif atas inisiatif mahasiswa-mahasiswa ini, satu program telah berjaya dilaksanakan yang melibatkan pelajar-pelajar UPSR 2009 di Sek Keb Kutan. Kata beliau melalui program yang dilaksanakan kelab Rakan Mahasiswa Kutan, mahasiswa/wi ini dapat membantu adik-adik Mukim Kutan yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini sekaligus dapat menambah ilmu dan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari sepanjang pengajian mahasiswa/wi di pusat pengajian masing-masing.

------ Klik pada image untuk zooming ------



Kesimpulannya, program Kelas Intensif UPSR siri I ini diharapkan dapat mencapai objektif yang telah diutarakan. Sedikit banyak program ini dapat membantu adik-adik UPSR lebih memahami pelajaran mereka di samping memahami erti sebenar pembelajaran. Moga segala apa yang kami lakukan diredhai dan diberkati Allah.


Akhir kata, bak kata bos, jadikan masalah yang dihadapi dan berkemungkinan menghadapi sebagai indikator batu loncatan, bukan halangan, untuk terus maju ke hadapan.


Ini bukan laporan, ini sekadar tulisan,

yang menulis,

Setiausaha Persatuan Rakan Mahasiswa Kutan 08/09

\(^_^)/